WhatsApp Me

Soalan Lazim

Apa produk Atomy?
Atomy miliki beratusan jenis produk dan penambahan produk setiap tahun dilakukan. Produk Atomy sangat berkualiti tinggi terjamin dan harganya berpatutuan. Disini contoh produk Atomy yang boleh anda lihat di http://www.atomy.kr/v2/Home/Product/MallMain

Bagaimana untuk membeli dan mendapatkan produk-produk Atomy?
Setelah anda menjadi ahli Atomy (Percuma), anda akan mendapat ID No Keahlian Atomy serta Password. Kemudian anda boleh login di website koperat Atomy iaitu di https://www.atomy.com. Link rasmi Atomy Indonesia akan dikemaskini kemudian selepas pelancaran rasmi. Kemudian anda ke page Shopping Mall dan boleh melakukan pembelian apa saja produk kesukaan anda.

Bagaimana cara membuat bayaran?
Selepas laman web Atomy Indonesia dilancarkan nanti, ahli-ahli di Indonesia boleh membuat belian dan bayaran samada mengguna Kad Kredit, Kad Debit atau Kaedah Tranfer Bank ke Akaun Bank Atomy Indonesia. Beberapa pilihan bank mungkin akan disediakan untuk memudahkan transaksi dibuat.

Bagaimana dengan penghantaran produk?
Produk akan dikirim oleh syarikat melalui pos terus ke alamat pembeli. Bagaimana pun untuk masa hadapan, banyak Atomy Center akan diwujudkan di bandar bandar utama serta daerah daerah tertentu dimana pusat pusat ini akan dikelola oleh ahli ahli Atomy yang layak yang mencapai pangkat Master. Ketika ini ahli ahli mungkin boleh memilih untuk mengambil sendiri produk produk yang dibeli di pusat berdekatan.

Berapa banyak saya perlu beli?
Atomy tidak memaksa anda membeli dalam jumlah tertentu. Anda bebas tentukan sendiri apa produk yang anda mahu dan berapa banyak. Berbelanjalah ke atas produk-produk yang benar-benar anda perlukan dan tidak ada paksaan sama sekali.

Apa maksud PV dan apa pula GPV?
PV adalah singkatan perkataan Point Value iaitu nilai mata yang diberi pada sesuatu produk atau set produk. Misalnya Set Penjagaan Gigi Atomy, harganya USD13.50 dan PV nya ialah 4,900. PV peribadi ialah jumlah PV produk produk yang anda telah beli dan ianya akan dicampur dari masa ke semasa. Contoh, bulan Sept anda beli Set Penjagaan Gigi, maka PV anda ialah 4,900, Katakan bulan Oktober anda beli pula Set Penjagaan Rambut dan Tubuh USD41,00 dan anda dapat lagi 10,000. Jadi PV September dan PV Oktober akan dicampur menjadikan 14,900. Setiap kali anda belanja, maka PV anda akan bertimbun dan bertambah. Sebab itu di Atomy, semua orang boleh mendapat bonus, cuma cepat dan lambat saja.

GPV adalah singkatan kepada perkatan Group Point Value atau Nilai Mata Kumpulan. Ia merujuk kepada jumlah keseluruhan PV produk yang dibeli oleh downline di bawah anda iaitu di kiri dan kanan binari anda. PV dan GPV adalah kayu ukur dalam menentukan bonus yang layak anda dapat harian atau bulanan.

Saya tidak ada banyak modal. Bolehkah saya beli sedikit sedikit dulu?
Sudah tentu boleh kerana sistem Atomy memang tidak akan membebankan sesiapa pun malah anda menjadi ahli pun percuma. Tidak semestinya anda perlu beli 10,000 PV. Anda boleh beli apa pun produk yang anda mampu. Yang pasti tiap kali anda beli, anda mendapat PV. Dan PV ini akan dicampur. Sampai satu masa, sudah tentu PV anda akan mencapai 10,000 dan seterusnya. Ketika ini anda sudah mula mendapat bonus jika anda ikut kongsikan peluang berbelanja hebat di Atomy ini dengan kawan kawan lain. Bila ramai yang menyertai anda sebagai ahli dan berbelanja seperti anda, maka anda sudah boleh mendapat pendapatan USD25 sehari atau USD750 sebulan dan ianya akan bertambah dari masa ke semasa jika anda terus memilih Atomy untuk membeli barangan keperluan harian anda. Anda tidak mendapat ini semua jika membeli di mini market, 7 Eleven atau di supermarket.

Boleh kah seseorang yang muflis sertai Atomy?
Tidak boleh kerana seseorang yang muflis lazimnya tidak memiliki akaun bank yang sah atas nama mereka. Jadi dia tidak boleh menerima bonus kerana syarikat akan membayar bonus terus ke akaun bank atas nama pemilik akaun Atomy itu sendiri. Maksudnya jika Ahmad adalah ahli Atomy, akaun bank juga perlu atas nama beliau sendiri, tidak boleh atas nama yang lain.